DEFINISI SINDROME DOWN
Menurut kamus, perkataan sindrom membawa maksud kehadiran gejala
dan tanda yang menunjukkan kepada sesuatu penyakit.
Istilah Sindrom
Down ini diambil sempena nama seorang doktor berbangsa Inggeris yang bernama
Dr. John Langdon Handon Down. Beliau merupakan orang pertama yang telah
menjelaskan keadaan serta tanda dan gejala penyakit genetik ini pada tahun
1866.
Sindrom Down adalah
suatu kumpulan gejala akibat daripada abnormalitas atau ketidaknormalan
kromosom. Biasanya kromosom 21 yang tidak berhasil memisahkan diri selama
meiosis sehingga terjadi individu dengan 47 kromosom. Dalam kandungan ibu, anak
akan menerima 46 kromosom iaitu 23 kromosom daripada ibu dan 23 kromosom lagi
adalah daripada bapa. Dalam kes Sindrom Down ini, anak akan menerima satu
kromosom lebih iaitu pada kromosom 21. Seterusnya, menjadikan jumlah kromosom
semuanya adalah 47 kromosom iaitu lebih satu kromosom.
CIRI-CIRI FIZIKAL SINDROM DOWN
o Mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Monggol.
o Pangkal hidung yang kemek.
o Jarak diantara dua mata jauh dan berlebihan kulit di
sudut dalam.
o Mata sentiasa berair dan merah serta mempunyai mata yang sepet
o Saiz mulut adalah kecil yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup
rapat .
o Saiz lidah yang tebal, kasar dan pendek menyebabkan lidah selalu
terjelir.
o Pertumbuhan gigi mereka adalah lambat dan tidak
teratur .
o Paras telinga adalah lebih rendah.
o Kepala mereka lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke
belakang manakala lehernya agak pendek.
o mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke
dalam dimana tangan yang lebar dan pendek.
o Tapak tangan mereka hanya terdapat satu garisan urat dinamakan
“Simian Crease”.
o Jari dan tangan mereka adalah lebar dan pendek serta berbonggol.
o Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki
kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki.
o Berbadan gempal dan rendah serta agak bongkok.
o Majoritinya berambut lurus dan lembut.
Keperluan Khas Murid dengan SINDROM DOWN
• Kasih Sayang dan Penerimaan
Keluarga dan Masyarakat
• Sokongan Padu dari
setiap Ahli Keluarga
• Menjalani Program
ISP, EIP dari lahir
• Menjalani Program
Pemulihan – Terapi Pertuturan, Terapi Pekerjaan (OT)
• Menjalani Ujian
Saringan Penglihatan & Pendengaran sebelum Mendaftar ke Sekolah
• Mendapat Pendidikan
Pra-Sekolah, Rendah, Menengah, Vokasional
• Peluang Pekerjaan & Penjanaan Pendapatan
MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID SINDROM DOWN.
• Perkembangan
kanak-kanak Sindrom Down dari segi perkembangan kognitif ialah mereka mempunyai
daya ingatan , perhatian dan kefahaman yang lemah serta tidak dapat bertindak
dengan cepat.
• Perkembangan
motor kasar dan motor halus mereka adalah lambat iaitu dari segi percakapan.
• Perkembangan
motor kasar mereka adalah lambat disebabkan otot-otot yang lembik
• Mereka
juga mudah mendapat radang tenggorok, selsema, radang paru-paru dan posisi
tubuh di bawah tahap sederhana.
• Kanak-kanak
Sindron Down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormon
tairoid. Masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down.
• Kanak-kanak
Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher
boleh menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (atlantoaxial instability) di mana
ianya berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Sebahagian kecil mereka
mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu leukemia.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SINDROM DOWN
a) Trisomi.
Kanak-kanak sindrom
down jenis trisomi berlaku disebabkan penambahan pasangan kromosom 23+1 (pada
kromosom nombor 21) yang sepatutnya 46 menjadi 47.
Kelahiran Sindrom Down jarang berlaku di dalam sesebuah keluarga. Menurut
kajian nisbah kelahiran bagi ibu yang berumur kurang 25 tahun ialah 1:2000
kelahiran manakala nisbah kelahiran bagi ibu yang berusia 35-39 tahun adalah
1:50 kelahiran dan bagi ibu yang berusia lebih 40 tahun nisbah kelahiran adalah
pada nisbah 1:30 kelahiran. Darjah kecerdasan Sindrom Down jenis trisomi ini
ialah antara 50%-80%.
b) Translocation.
Kelahiran
sindrom down jenis translocation tidak membabitkan lebihan kromosom dalam darah
ibu hamil. Sindrom down (translocation) ini terjadi dalam dua cara.
Cara pertama ialah apabila secebis kromosom nombor 14 bercampur dengan kromosom
nombor 21. Jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak sindrom down adalah
10%-25%. Jika bapa pembawa kebarangkalian untuk mendapat anak sindrom down
adalah 3%-5%.
Cara
kedua terjadi apabila secebis kromosom nombor 21 bercampur dengan nombor yang
sama. Jika ibu pembawa kebarangkalian mendapat anak sindrom down adalah 100%
melibatkan semua kelahiran dalam keluarga. Darjah kecerdasan bagi sindrom down
ini ialah di antara 50%-80%.
c)
Mosaic.
Sindrom Down jenis mosaic ialah sindrom down yang tidak
ketara pada wajah murid-murid dan tidak 100% Sindrom Down. Kerosakan mental
bagi murid-murid ini tidak teruk. Darjah kecerdasannya adalah 80%-90%.