Wednesday 24 September 2014

CONTOH KUIZ

Pendidikan Inklusif (2)
Pilih jawapan yang betul bagi setiap soalan.

1Sebab utama pendidikan khas diberikan kepada kanak-kanak luar biasa ialah untuk membantu mereka
 
mengubah sikap negatif terhadap kekurangannya
menjadi individu yang berkeyakinan dan berguna kepada masyarakat dan negara
mengatasi sesuatu masalah yang dimilikinya
membina hubungan dengan masyarakat melalui pelbagai aktiviti

2Antara berikut adalah merupakan contoh-contoh utama di dalam pendidikan khas, KECUALI
 
membantu pelajar agar diterima oleh masyarakat
membina nilai-nilai murni di kalangan pelajar luar biasa
mengubah sikap negatif terhadap ketidakupayaan.
membantu pelajar yang mempunyai masalah sosioekonomi

3Berikut adalah isu-isu pentadbiran dalam pendidikan inklusif:
I. Guru resos dan guru biasa merancang melaksana serta menilai program pembelajaran secara kolaboratif.
II. Pelajar-pelajar terikat dengan peraturuan-peraturan bilik darjah.
III. Sumber pengajaran pembelajaran yang perlu hendaklah dilaksanakan.
IV. Latihan dan pendidikan inklusif bagi guru-guru hendaklah disediakan.
 
II dan III sahaja
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I dan III sahaja

4Mangga mempamerkan tingkah laku berikut: memencilkan diri, kekurangan sensori, tantrum (menarik muka), pertuturan psikotik.
Tingkah laku tersebut menujukkan ciri-ciri kanak-kanak yang
 
bermasalah deria
kerencatan akal
autistik
cacat pendengaran

5"Seorang pelajar yang peringkat pendengaran berada antara 30 hingga 40 db menunjukkan tahap kecacatan pendengaran yang tidak serius, manakala peringkat 30 hingga 80 db menunjukkan kepekaan yang parah."
Berikut adalah langkah-langkah guru untuk mengatasi pelajar yang bermasalah pendengaran KECUALI
 
Menggunakan pembesar suara.
Meninggikan suara guru
Meletakkan murid di hadapan kelas.
Guru hanza memberi isyarat pergerakan tangan kepada murid-murid yang bermasalah pendengaran.

6Dalam pendidikan inklusif, guru resos dan guru biasa menjalankan pengajaran kolaboratif yang termasukalah
I. perancangan strategi pengajaran dan pembelajaran
II. penyediaan bahan bantu mengajar
III. sesi pengajaran
IV. sesi penilaian
 
I, II, III dan IV.
II, III dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja.
I, II dan III sahaja.

7Dalam pendidikan inklusif penilaian hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut KECUALI
 
Tidak mengandungi unsur mengancam atau menakutkan
Ia berdasarkan kurikulum semata-mata.
Ia menambah pengetahuan pelajar mengenai satu-satu perkara.
Ia bersifat mencabar.

8Yang manakah merupakan isu-isu pelajar dalam pendidikan inklusif.
 
Model penilaian formatif hendaklah dilaksanakan.
Latihan perguruan dalam perkhidmatan menitikberatkan peranan bagi guru baru
Sumber pengajaran dan pembelajaran yang perlu diadakan.
Pelajar-pelajar diintegrasikan secara fizikal di dalam sebuah kelas.

9Rancangan pendidikan individu (RPI) disediakan untuk setiap kanak-kanak dengan keperluan khas. Antara kenyataan-kenyataan berikut, yang tidak benar tentang RPI.
 
RPI dikaji setiap penghujung tahun untuk memastikan matlamat jangka panjang pendidikan dicapai.
RPI dikaji setiap semester untuk menentukan pencapaian objektif.
RPI dikaji setiap bulan pada peringkat awal murid masuk sekolah.
RPI dibuat selepas murid masuk sekolah.

10Berikut adalah faktor-faktor yang memainkan peranan yang penting dalam keberkesanan pendidikan pelajar istimewa KECUALI
 
penggunaan ujian diagnostik pada peringkat awal
kejujuran guru biasa dan guru resos
komitmen guru biasa dan guru resos
kelengkapan pengajaran yang mencukupi

11Apakah nisbah murid biasa, guru dan murid istimewa yang dicadangkan dalam pendidikan inklusif?
 
30-35 : 2 : 3
30-35 : 20 : 5
25-30 : 2 : 3
20-25 : 3 : 3

12Nai Mah hanya boleh mula membaca setelah berumur 12 tahun. Air liurnya sering meleleh dan mengotori badannya. Nai Mah boleh digolongkan sebagai kanak-kanak istimewa jenis
 
bermasalah pembelajaran
cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
kerencatan akal
kecelaruan tingkah laku

13Lazimnya ujian saringan untuk pendidikan inklusif adalah disediakan dalam mata pelajaran
 
Sains dan Matematik
Matematik dan Bahasa
Bahasa dan Pendidikan Moral
Matematik dan PJK

14Pendidikan inklusif lebih menumpukan kepada
 
pemupukan pergaulan dengan masyarakat.
isu-isu dunia moden dan teknologi
penerapan nilai murni dalam institusi kekeluargaan.
konsep keduniaan dan ilmu pengetahuan

15Penilaian yang mudah ubah memainkan peranan penting dalam pendidikan inklusif. Penilaian melalui PKBS dan PKSM adalah berlandaskan
 
kobolehan pelajaran dan isi pelajaran
kebolehan pelajar
kokurikulum
isi pelajaran kurikulum

16Dalam pendidikan inklusif, guru biasa akan bekerjasama dengan
 
guru besar
guru kelas
guru resos
guru mata pelajaran

17"Dalam pendidikan inklusif, pelajar pintar cerdas akan menunjukkan kebolehan atau potensi kemampuan dalam aktiviti intelek juga memiliki kebolehan dalam satu atau lebih kesenian dan mempunyai bakat dalam amta pelajaran tertentu."
Siapakah yang telah membuat perynataan di atas?
 
Albert Ellis
Chua Tee Tee
Carl Rogers
Hans Eysencik

18"Pelajar-pelajar biasa dan pelajar-pelajar istimewa bebas berinteraksi di dalam dan luar kelas."
Berikut ialah isu-isu pelajar dalam
 
Pendidikan Khas
Pendidikan Kelas Biasa
Pendidikan Kelas Bercantum
Pendidikan Inklusif

19Antara berikut ialah peranan guru biasa dalam pendidikan inklusif KECUALI
I. menjalankan pengajaran kolaboratif dengan guru resos
II. membuat perancangan pengajaran dan kegiatan pembelajaran bersama-sama guru resos
III. merancang strategi pengajaran dan pembelajaran bersama guru resos
IV. menyediakan ujian khas yang akan mengambil kira keperluan pelajar istimewa
 
IV sahaja
II dan III sahaja
III dan IV sahaja
I sahaja

20Apakah kelebihan pendidikan inklusif berbanding dengan pendidikan khas?
 
Kanak-kanak istimewa merasa rendah diri kerana adanza kekurangan pada dirinya berbanding dengan murid-murid biasa.
Murid-murid istimewa berpeluang berjumpa dengan guru resos.
Kanak-kanak istimewa dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan kanak-kanak biasa.
Memperkembangkan keupayaan intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar luar biasa.

21Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan inklusif?
 
Interaksi pengajaran dan pembelajaran menyeluruh murid biasa
Pendidikan yang dikhaskan kepada murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kecacatan
Interaksi pengajaran dan pembelajaran murid cacat dengan murid biasa
Pendidikan yang diberikan kepada murid-murid cacat sahaja

22Dalam program inklusif, pertimbangan terhadap beberapa perkara seperti kaedah pengajaran seperti pengajaran berpasukan, kesesuaian bahan, modifikasi cara pengajaran, komunikasi dan objektif kurikulum amat penting bagi melaksanakan pendekatan
 
pengayaan
pemulihan
bimbingan dan kaunseling
menyeluruh persekolahan

23Berikut adalah tanda kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran, KECUALI
 
Lambat bertutur
Cekap mengikut arahan
Tidak bertindak balas kepada bunyi.
Kerap bertanya dan minta jawapan diulang.

24Faktor-faktor yang membawa keberkesanan pendidikan pelajar istimewa di dalam kelas biasa ialah:-
 
Penggunaan ujian kertas pensel diutamakan
Bilangan pelajar dalam kelas diperbanyakkan
Khidmat kaunseling diutamakan
Layanan diberi secara menyeluruh kepada pelajar istimewa

25# Ikan - penarik diri; suka membohong; pemencilan diri.
# Udang - berupaya memandang jauh ke hadapan; memiliki kebolehan akademik khas.
# Sotong - mata juling tidak dapat mengurus diri; kecerdasan amat lemah
# Ketam - kadar kerangsangan rendah; corak pencapaian akademik tidak konsisten
Berdasarkan pernyataan di atas, pelajar yang manakah yang tidak layak diberikan pendidikan inklusif.
 
Sotong
Ikan
Udang
Ketam



SUMBER : http://www.teachersrock.net/pen_in2.htm



No comments:

Post a Comment