Wednesday 24 September 2014

MASALAH PENDENGARAN

DEFINISI MASALAH PENDENGARAN

Menurut Cruiskshank (1975), di Amerika Syarikat kanak-kanak kurang upaya pendengaran didefinisikan berdasarkan kepada kebolehan kanak-kanak itu menggunakan deria dengar dan juga bila kecacatan itu dialami.


Kamus Dewan (1986) pula menyatakan bahawa masalah pendengaran adalah masalah orang yang tidak dapat mendengar sebarang bunyi bahasa atau bunyi yang lain






CIRI-CIRI MURID MASALAH PENDENGARAN
v      Panduan mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah pendengaran ialah:

1.    Kurang memberi perhatian
2.  Susah mengikut arahan
3.   Kurang melibatkan diri dengan aktiviti yang melibatkan                                                                                       perbincangan atau banyak memerlukan pertuturan Memerlukan bantuan daripada rakan-rakan
4.  Selalu berkhayal
5. Cara percakapan yang janggal



KEPERLUAN BANTUAN YANG DIPERLUKAN OLEH MURID MASALAH PENDENGARAN

ALAT BANTU PENDENGARAN

1.    Alat ini berfungsi dengan mikrofon pada alat tersebut menerima bunyi yang kemudiannya ditukarkan menjadi aliran eletrik.
2.  Teknologi ini meningkatkan kualiti bunyi dan pada masa yang sama menghapuskan gangguan bunyi. Selain itu, teknologi digital membolehkan alat bantu pendengaran bersaiz lebih kecil dan mempunyai pelbagai fungsi, menjadikannya lebih mesra pengguna.





Dipasang pada telinga (Open-Ear-Fitting/OEF)

Alat bantu pendengaran yang kecil disambungkan dengan wayar nipis dan penerima (receiver)yang mengarahkan bunyi ke dalam telinga.



    - Selesa dan kecil
    - Bunyi yang lebih semulajadi dan kurang tersumbat
    - Penampilan yang bergaya dan berwarna-warni
    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan dan sederhana


Di belakang telinga (Behind-The-Ear/ BTE)
Alat pendengaran ini berbentuk melengkung dan diletakkan di belakang setiap telinga. Bunyi disampaikan melalui tiub ke dalam saluran telinga.

    - amplifikasi yang tinggi untuk membantu masalah
      pendengaran tahap ringan hingga tahap yang sangat teruk

    - Saiz lebih besar dan mudah digunakan terutamanya
      bagi mereka yang menghadapi kesukaran mengendalikan
      objek kecil   
    - Jangka hayat bateri lebih lama








Dalam telinga/Dalam saluran telinga (In-The-Ear (ITE) / In-The-Canal (ITC))
Dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di bahagian luar telinga atau saluran telinga

    - Menghalakan bunyi secara terus ke dalam telinga untuk
      memastikan prestasi yang optimum

    - Selamat dan selesa di bahagian luar telinga
    - Mudah dikendalikan
    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap sederhana ke
      tahap yang teruk


Dalam saluran telinga sepenuhnya (Completely-In-Canal (CIC)
Alat bantuan pendengaran kecil yang diletakkan dalam saluran telinga yang membolehkan bunyi terus masuk ke dalam telinga.

    - Tersembunyi, sesuai untuk pelanggan yang mementingkan penampilan
    - Simulasi cara bunyi masuk ke dalam telinga memberikan
      kualiti bunyi yang lebih semulajadi sound quality

    - Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan, sederhana
      dan teruk







MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID MASALAH PENDENGARAN.
·       kurang memberi perhatian di dalam bilik darjah,
·       pencapaian yang lemah dalam perlajaran

·       kurang bercakap dan menggunakan lebih banyak menggunakan jari.

·       kelihatan nakal dan tidak mempedulikan orang lain

·       tidak bertindak balas terhadap bunyi

·       tersilap memahami arahan

·       menyebabkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi

·       telinga sering berair atau bernanah

·       perlu lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tugas

·       terpaksa membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar

·       menyebabkan kurang melibatkan aktiviti dalam pertuturan

·       Akan selalu berkhayal


Penyebab kecacatan pendengaran

Apakah punca terjadinya
·         Sejarah penyakit tersebut dalam keluarga
·         Pengumpulan cecair pada bahagian tengah rongga telinga
·         Bayi yang lahir dengan berat badan kurang dari 1.5 kg
·         Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak yang teruk semasa proses kelahiran
·         Jangkitan kuman seperti 'congenital rubella' atau 'congenital syphilis'
·         Jangkitan kuman pada lapisan dalam otak (meningitis)
·         Penggunaan ubat-ubat yang ada kesan toksik kepada telinga seperti ubat penyakit barah, ubat untuk penyakit batuk kering(tuberculosis)
·         Selalu terdedah kepada bunyi bising seperti letupan bunga api, konsert rock yang kuat, tukang besi
·         Tahi telinga yang tebal dan mengeras dalam telinga
·         Gegendang telinga telah pecah
·         Jangkitan kuman pada bahagian tengah telinga (otitis media)
·         Penyakit-penyakit metabolisma yang kronik seperti kencing manis dan kandungan kolesterol dalam tubuh yang tinggi
·         Peningkatan umur (Warga emas)



No comments:

Post a Comment